Sabtu, 30 Julai 2011

Meminta bantuan jin adalah haram.

       Aktiviti-aktiviti tukang-tukang sihir dan tok-tok bomoh, kebanyakannya diasaskan di atas dasar memohan khidmat bantuan makhluk jin dan syaitan.Perkara ini benar-benar merupakan satu perkara syirik kerana ianya termasuk di dalam bab meminta pertolongan selain dari Allah S.W.T.

Apa yang paling jelas sekali ialah, makhluk syaitan itu sekali-sekali tidak akan memberi khidmat bantuan kepada mana-mana tukang sihir melainkan si tukang-tukang sihir itu terlebih dahulu hendaklah melakukan kekufuran, baik malaui ucapan mahupun perbuatan. Dan setiap kali mereka bertambah kufur dan derhaka kepada Allah S.W.T. maka makhluk-makhluk syaitan itu akan bertambah rapat serta bertambah taat setia kepada tuannya.

MIsalnya, terdapat beberapa huruf yang tidak difahami kehendak dan maksudnya, kemudian dicampur adukkan sekali bersama beberapa potong ayat Al-Quran yang lain untuk dimasukkan ke dalam satu objek tertentu, lalu mereka yang jahil pun menyangka dan membuat kesimpulan bahawa tok-tok bomoh itu sebenarnya menggunakan ayat-ayat Al-Quran walhal dia tidak menyedari perbuatan tersebut adalah syirik.

Sedarlah akan kita, walaupun pada zahirnya kelihatan bomoh-bomoh itu begitu sibuk bersolat dan berpuasa, tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang syirik dan kafir kepada Allah S.W.T. Dan inilah yang dikatakan orang yang rugi dalam agamanya dan kerugian ini adalah sebenar-benar kerugian.Semoga Allah S.W.T melindungi kita dari yang demikian.

0 ulasan:

Catat Ulasan