Sabda Nabi S.A.W : "Sebaik-baik wangian adalah kasturi". ( Hadis Riwayat Ahmad )
" Bahawa dinding-dinding Syurga itu batu-bata nya dari perak dan emas, tanahnya pohon kimkuma ( Za'faran ) dan buminya kasturi. ( Hadis Riwayat Al-Bazzari )
berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim, Al-Jauziyyah r.a dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiatnya antaranya :-
1) Memberi kekuatan pada roh.
2) Menenangkan jiwa.
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
5) Menghilangkan debaran jantung.
6) Menghilangkan sesak nafas.
7)Melegakan lelah.
8) Menyedarkan orang yang pengsan.
9) Menguatkan organ dalaman tubuh.
10) Menghilangkan rasa gementar.
11) Menghilangkan sejuk tubuh badan.
12) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.
13) Menawarkan racun dan bisa-bisa binatang.
14) Menjernihkan mata putih.
15) Mencegah wabak penyakit.
16) Menghindarkan dari angin ahmar.
17) Melambatkan penuaan.
18) Melanjutkan usia.
19) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh.
20) Mengusir jin dan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya..
Insy'Allah...
Kita berusaha dan berikhtiar...Allah adalah penyembuhnya...

0 ulasan:
Catat Ulasan