Hukumnya ialah fardu kifayah.....bagi setiap Muslim jikalau ada dikalangan mereka yang telah mempelajari dan mahir dengan Ruqiyah Al Quran .Tetapi jikalau tidak ada sesiapa pun yang mengatahui dan mahir tentangnya maka hukumnya fardu ain . Kenapa hukumnya menjadi wajib ? kerana :
1) amar maaaruf nahi mungkar
Yang di maksudkan amar maaruf nahi mungkar menghalang bomoh mensyirikkan Allah S.W.T. satu pekara amat di benci Allah S.W.T orang Islam kena benci yang Allah S.W.T benci dan amar makruf nahi mungkar wajib bagi Muslim.
2)Menolong sesama Muslim adalah wajib
Firman Allah yang bermaksud :Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara. (surah Al hujurat)
Sabda Rasulullah S.A.W mafhumnya:Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi...
maka atas dasar ini,hukum itu menjadi wajib..
Selasa, 27 September 2011
Sabtu, 30 Julai 2011
Meminta bantuan jin adalah haram.
Aktiviti-aktiviti tukang-tukang sihir dan tok-tok bomoh, kebanyakannya diasaskan di atas dasar memohan khidmat bantuan makhluk jin dan syaitan.Perkara ini benar-benar merupakan satu perkara syirik kerana ianya termasuk di dalam bab meminta pertolongan selain dari Allah S.W.T.
Apa yang paling jelas sekali ialah, makhluk syaitan itu sekali-sekali tidak akan memberi khidmat bantuan kepada mana-mana tukang sihir melainkan si tukang-tukang sihir itu terlebih dahulu hendaklah melakukan kekufuran, baik malaui ucapan mahupun perbuatan. Dan setiap kali mereka bertambah kufur dan derhaka kepada Allah S.W.T. maka makhluk-makhluk syaitan itu akan bertambah rapat serta bertambah taat setia kepada tuannya.
MIsalnya, terdapat beberapa huruf yang tidak difahami kehendak dan maksudnya, kemudian dicampur adukkan sekali bersama beberapa potong ayat Al-Quran yang lain untuk dimasukkan ke dalam satu objek tertentu, lalu mereka yang jahil pun menyangka dan membuat kesimpulan bahawa tok-tok bomoh itu sebenarnya menggunakan ayat-ayat Al-Quran walhal dia tidak menyedari perbuatan tersebut adalah syirik.
Sedarlah akan kita, walaupun pada zahirnya kelihatan bomoh-bomoh itu begitu sibuk bersolat dan berpuasa, tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang syirik dan kafir kepada Allah S.W.T. Dan inilah yang dikatakan orang yang rugi dalam agamanya dan kerugian ini adalah sebenar-benar kerugian.Semoga Allah S.W.T melindungi kita dari yang demikian.
Label:
Hakikat Jin
Jumaat, 1 April 2011
Kasturi Wangian Kesukaan Nabi S.A.W
Sabda Nabi S.A.W : "Sebaik-baik wangian adalah kasturi". ( Hadis Riwayat Ahmad )
" Bahawa dinding-dinding Syurga itu batu-bata nya dari perak dan emas, tanahnya pohon kimkuma ( Za'faran ) dan buminya kasturi. ( Hadis Riwayat Al-Bazzari )
berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim, Al-Jauziyyah r.a dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiatnya antaranya :-
1) Memberi kekuatan pada roh.
2) Menenangkan jiwa.
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak.
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan.
5) Menghilangkan debaran jantung.
6) Menghilangkan sesak nafas.
7)Melegakan lelah.
8) Menyedarkan orang yang pengsan.
9) Menguatkan organ dalaman tubuh.
10) Menghilangkan rasa gementar.
11) Menghilangkan sejuk tubuh badan.
12) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh.
13) Menawarkan racun dan bisa-bisa binatang.
14) Menjernihkan mata putih.
15) Mencegah wabak penyakit.
16) Menghindarkan dari angin ahmar.
17) Melambatkan penuaan.
18) Melanjutkan usia.
19) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh.
20) Mengusir jin dan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya..
Insy'Allah...
Kita berusaha dan berikhtiar...Allah adalah penyembuhnya...
Sabtu, 22 Januari 2011
ADAKAH BINATANG MAMPU MELIHAT JIN DAN SYAITAN
Rasulullah bersabda :
"Apabila kamu mendengar suara nyaring keldai hendaklah kamu berlindung dengan Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan, abapila kamu mendengar suara kokokan ayam berdoalah kepada Allah sesungguhnya ia melihat malaikat "
"Apabila kamu mendengar suara nyaring keldai hendaklah kamu berlindung dengan Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan, abapila kamu mendengar suara kokokan ayam berdoalah kepada Allah sesungguhnya ia melihat malaikat "
Jumaat, 7 Januari 2011
SIHIR PERCINTAAN ( MAHABBAH )
Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai ' sihir mahabbah '
Tanda-tanda sihir percintaan ini adalah seperti berikut :-
- Gelojak cinta yang keterlaluan.
- Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual.
- Sukar mengawal cinta.
- Rindu bayang yang berlebihan.
- Patuh secara membuta tuli.
- Murung.
Pertengkaran suami dengan isteri selalu berlaku, hal ini sudah lumrah kehidupan berumah tangga, dan biasanya cepat mereda dan kembali seperti biasa. Namun ada beberapa wanita yang tidak dapat sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka segera pergi ke tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suaminya tetap mencintainya. Tindakkan ini tentu karana lemahnya agama wanita tersebut atau kerana kejahilannya bahawa tindakkan itu haran dan tidak boleh.
Label:
jenis sihir
Khamis, 6 Januari 2011
SIHIR MEMISAHKAN SUAMI ISTERI ( TAFRIQ )
Takrif dan Pengertiannya :-
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan pasangan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua orang rakan kongsi. Sihir ini juga dikenali dalam bahasa arab sebagai ' tafriq '.
Tanda-tanda sihir pemisah
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan pasangan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua orang rakan kongsi. Sihir ini juga dikenali dalam bahasa arab sebagai ' tafriq '.
Tanda-tanda sihir pemisah
- Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
- Berlaku keraguan antara suami isteri.
- Sering marah tidak tentu sebabnya.
- Enggan meminta maaf.
- Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil.
- Pandangan buruk seseorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seorang suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu tersangat cantik.
Label:
jenis sihir
Rabu, 2 Jun 2010
Etika Diet Rasulullah
Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
- Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
- Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
- Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
- Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
- Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
- Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
- Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
- Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.
- Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.
- Rasulullah akan tidur sejam selepas makan tengahari.
- Rasulullah melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.
- Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.
- Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.
- Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
- Nabi melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.
- Nabi sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak, baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.
- Nabi juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.
- Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
- Nabi juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
- Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Miminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian awek muda.
- Jangan disisakan sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan. (Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404).
- Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, mahupun teman. Berkumpul untuk menjamahi hidangan dan makanan secara berjamaah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadis berikut:
-
- ’Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut Nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu. (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
- Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata: Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya Rasulullah! Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”
- Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.
- Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar untuk kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan).
-
- “Dan janganlah ia mengusap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat. (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
- Berkata Imam Nawawi, tentang makna kaliamat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
- Bagi menghindari diri dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut dan sekaligus membekalkan oksigen pada kadar yang sesuai pada otak manusia.
- Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
- Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: ” tidaklah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari 9/532).
- Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi): “Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).
- Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracaun dan berbahaya. Islam juga melarang umat manusia untuk memaka najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya).Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah haram dalam Islam.
- Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah subuh (sesudah solat subuh sekitar pukul 6.00pagi sehingga solat Dhuha dalam pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat Asar (dari sekitar pukul 4.00 ptg sehingga habis menunaikan solat Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 mlm).
- Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat subuh).
- Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
- Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan terlebih dahulu).
Label:
Diet Rasulullah
Langgan:
Catatan (Atom)


